Jumaat, 19 April 2013

seindah wajah....




Ku sangka aur dipinggir tebing,
Kiranya tebu dipinggir Bibir,
Ku sangka jujur pancaran batin,
Rupanya palsu penghias zahir..

Ku kira hati jiwa nurani,
Suci seindah wajah terbayang,
Ku kira seikhlas hati,
Kulupa lidah tidak bertulang,

Di manis gula semut binasa,
Kail berduri bersalut umpan,
Di manis kata insane terlena,
Kerana budi hamba terkorban

Ini kah dia lakunan hidup,
Di pentas dunia insane berpura,
Tipu dan daya pencapai maksud,
Budi dan harta merangkum noda

-cik mayanah-

Bila kamu JAtuh Cinta





1) awk ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu awk asyik ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah makan ke belum.. dia ingat kat awk ke tak.

2) awk jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia, awk jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia awk automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

3) awk cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia jumpa.. Kekadang awk rasa awk kecik hati dengan dia pasal asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari awk.

4) awk dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila dapat jumpa dia awk rasa macam dunia ni awk yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata awk tapi awk pun hairan kenapa awk mesti ada perasaan macam tu terhadap dia.. 

5) Bila family awk sebut pasal jodoh, awk cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak awk - terbayang-bayang awk bersanding dengan dia..awwww!!