"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu
mengenai Aku, Sesungguhnya Aku amat dekat. Aku perkenankan permohonan
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka
menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka
beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Surah
Al-Baqarah ayat 186.
Rakan-rakan yang dikasihi, Allah tidak pernah jauh dengan kita. Tetapi
kitalah hakikatnya yang jauh daripada Allah. Allah tidak pernah lari
daripada kita, tetapi kitalah yang melarikan diri daripadaNya.
Maka marilah bermuhasabah dan melihat semula kehidupan kita. Ke mana
kita hendak pergi di dalam kehidupan ini? Selepas mati nanti apa yang
akan kita bawa untuk bertemu dengan Ilahi?
Maka janganlah lagi kita membazirkan usia, sama-samalah kita bergerak
menjadi hambaNya yang sejati.
Sesungguhnya Allah itu hampir,
maka janganlah kita meminggir.
Mari Menjadi Hamba!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan